WELCOME TO OUR BLOG

Wednesday, 18 December 2013

Sambungan Jenis-jenis Peranca

SAMBUNGAN JENIS-JENIS PERANCA
Pemasangan Peranca Paip Bulat Keluli
  • terdiri daripada besi keluli atau aloi aluminium
  • paip yang tidak bergalvani hendaklah dicat untuk mencegah karat
  • paip aloi aluminium tidak perlu dicat
  • pada alat-alat penyambung yang digunakan dalam peranca paip bulat mempunyai pelbagai jenis pengapit yang digunakan seperti pin sambungan paip, pengapit sudut tepat dan pengapit putar
  • pengapit sudut tepat digunakan untuk mengapit dua paip dengan bersudut 90
  • pengapit putar digunakan untuk mengapit dengan sudut-sudut yang berbeza-beza

Langkah-langkah membina peranca paip bulat keluli

  1. pengalas ditempatkan pada tapak (biasanya dia atas papan alas tapak) dan paip tegak dipasangkan kepada pengalas
  2. paip lintang dipasangkan kepada paip tegak dengan menggunakan pengapit ganda
  3. paip penyokong transom dipasangkan kepada paip tegak, juga dengan menggunakan pengapit ganda
  4. setelah satu bahagian disiapkan, letakkan papan pelantar di atas paip penyokong
  5. dengan cara yang sama, bahagian-bahagian selanjutnya dipasangkan di sebelah atas
  6. rembat dipasangkan kepada paip tegak dengan menggunakan pengapit putar. tujuan memasang rembat ialah untuk mengukuhkan peranca ini

Langkah menjaga keselamatan

  1. pastikan aras tiang tegak adalah sama rata dan didirikan menegak di atas plat alas
  2. sambungan tiang tegak dan lejer mestilah tidak dalam satu garisan yang sama. ini adalah untuk menjamin ikatan antara anggota
  3. papan-papan pelantar mestilah disokong dengan sempurna
  4. pelantar kerja mestilah mempunyai susur pelindung dan papan pacak
  5. kemudahan untuk naik dan turun dalam peranca dengan senang harus disediakan
  6. peranca hendaklah diperiksa pada tiap-tiap tujuh hari atau selepas cuaca buruk
  7. semasa menggunakan peranca, pastikan pekerja memakai topi keselamatan dan tali pinggang keselamatan


Jenis -jenis Peranca

JENIS-JENIS PERANCA Jenis peranca tebahagi mengikut cara binaannya


  • untuk kerja pembinaan yang rendah dan ringan
  1. peranca kekuda 
  2. peranca tangga
  3. peranca pendakap
  • untuk kerja pembinaan tinggi
  1. peranca putlog tunggal
  2. peranca berganda
  3. peranca julur
  4. peranca bergerak
  5. peranca rangka tiub keluli

Peranca Kekuda
  • membuat kerja yang tidak berapa tinggi seperti membina tembok dalam satu tingkat, memasang siling dan sebagainya yang tingginya tidak melebihi 4 meter.
  • papan setebal 30mm digunakan sebagai pelantar dan disokong oleh kekuda.
  • jarak diantara kekuda biasanya tidak melebihi 1.5meter.
  • apabila papan pelantar perlu disambung, ia perlu dilekapkan 150mm sekurang-kurangnya dan juga perlu diikat dengan rotan atau dawai.

Peranca Tangga
  • membuat kerja pada tempat yang tinggi dengan menggunakan tangga yang sedia ada
  • papan pelanta merentangi dua buah tangga dengan tingginya tidak melebihi 1.8meter
  • sudut bukaan kaki tangga dalam lingkungan 35⁰ , tali pengikat digunakan untuk menetapkan darjah bukaan ini

Peranca Pendakap
  • digunakan untuk menyandar pada tembok yang sedia ada untuk membuat kerja yang ringan seperti membuat kemasan ikatan bata, mengecat atau memasang wayar

Peranca Putlog Tunggal
  • digunakan untuk kerja menerap bata dalam pembinaan tembok, terutama tembok luar oleh sebab peranca ini boleh ditinggikan bersama tembok
  • sebahagian peranca ini akan disokong oleh tembok kerana hujung putlog dimasukkan kedalam tembok
  • mempunyai satu barisan tiang tegak (stnadard) dengan jarak 1.8meter hingga 2.4meter. ia diletak antara 1.2meter hingga 1.3meter jauh dari permukaan tembok
  • tiang tegak ini dipaku keatas alas tapak kayu dan didirikan tegak dengan diikatkan kepada lejar
  • lejar ini dipasang selari dengan tembok sepanjang peranca dan jaraknya antara satu sama lain ialah 1.4meter
  • anggota putlog diikat kepada lejar dengan jarak antara 1.2meter hingga 1.4meter dan hujung sebelahnya dimasukkan ke dalam tembok bata sedalam 80mm
  • untuk mengukuhkan peranca pemasangan rembat silang kepada tiang tegak yang bertemu dengan lejer dan putlog diperlukan
  • peranca paip bulat keluli alat penyambung penjodoh (connecting coupling) digunakan


Pengenalan

PENGENALAN PERANCA Peranca merupakan satu binaan sementara yang diperlukan dalam pembinaan bangunan yang melebihi ketinggian 1.5meter. Peranca memudahkan pekerja menjalankan kerja seperti mengikat bata, melepa, memasang siling, pendawaian elektrik, mengecat dan sebagainya. bahan peranca terdiri daripada kayu, buluh, paip tiub keluli dan aloi aluminium yang berkeadaan baik.