- untuk kerja pembinaan yang rendah dan ringan
- peranca kekuda
- peranca tangga
- peranca pendakap
- untuk kerja pembinaan tinggi
- peranca putlog tunggal
- peranca berganda
- peranca julur
- peranca bergerak
- peranca rangka tiub keluli
Peranca Kekuda
- membuat kerja yang tidak berapa tinggi seperti membina tembok dalam satu tingkat, memasang siling dan sebagainya yang tingginya tidak melebihi 4 meter.
- papan setebal 30mm digunakan sebagai pelantar dan disokong oleh kekuda.
- jarak diantara kekuda biasanya tidak melebihi 1.5meter.
- apabila papan pelantar perlu disambung, ia perlu dilekapkan 150mm sekurang-kurangnya dan juga perlu diikat dengan rotan atau dawai.
Peranca Tangga
- membuat kerja pada tempat yang tinggi dengan menggunakan tangga yang sedia ada
- papan pelanta merentangi dua buah tangga dengan tingginya tidak melebihi 1.8meter
- sudut bukaan kaki tangga dalam lingkungan 35⁰ , tali pengikat digunakan untuk menetapkan darjah bukaan ini
Peranca Pendakap
- digunakan untuk menyandar pada tembok yang sedia ada untuk membuat kerja yang ringan seperti membuat kemasan ikatan bata, mengecat atau memasang wayar
Peranca Putlog Tunggal
- digunakan untuk kerja menerap bata dalam pembinaan tembok, terutama tembok luar oleh sebab peranca ini boleh ditinggikan bersama tembok
- sebahagian peranca ini akan disokong oleh tembok kerana hujung putlog dimasukkan kedalam tembok
- mempunyai satu barisan tiang tegak (stnadard) dengan jarak 1.8meter hingga 2.4meter. ia diletak antara 1.2meter hingga 1.3meter jauh dari permukaan tembok
- tiang tegak ini dipaku keatas alas tapak kayu dan didirikan tegak dengan diikatkan kepada lejar
- lejar ini dipasang selari dengan tembok sepanjang peranca dan jaraknya antara satu sama lain ialah 1.4meter
- anggota putlog diikat kepada lejar dengan jarak antara 1.2meter hingga 1.4meter dan hujung sebelahnya dimasukkan ke dalam tembok bata sedalam 80mm
- untuk mengukuhkan peranca pemasangan rembat silang kepada tiang tegak yang bertemu dengan lejer dan putlog diperlukan
- peranca paip bulat keluli alat penyambung penjodoh (connecting coupling) digunakan
- direkabentuk untuk menanggung beban (bahan dan manusia) dengan sendirinya
- peranca ini tidak bergantung kepada bangunan untuk menyokong bebannya dan sebab itu amat sesuai digunakan dalam pembinaan struktur kerangka bertingkat-tingkat
- mempunyai dua barisan tiang tegak yang berdiri sendiri. jarak antara tiang tegak ialah 2.0m hingga 2.4m
- tiang tegak barisan dalam diletakkan sejauh 300mm dari permukaan tembok untuk memberi kelegaan kepada pekerja
- plat alas pada tiang tegak dipaku kepada alas tapak kayu. lejer berjarak 2m dipasangkan selari dengan tembok sepanjang peranca untuk menegakkan tiang tegak
- transom dipasang ke atas dua lejer dengan jarak 1.2m-2.4m untuk mengikat kedua-dua barisan tiang tegak serta menyokong papan pelantar
- tinggi maksimum yang selamat adalah dalam lingkungan 61 meter
Peranca Julur
- peranca bebas yang digantung kepada bangunan untuk menanggung bebannya
- digunakan apabila peranca jenis lain tidak dapat didirikan kerana tempat yang terlalu sempit atau menjalankan kerja membaiki pada bahagian atas sesebuah bangunan tanpa mengganggu bahagian bawah bangunan tersebut
- cara pembinaan adalah sama dengan dengan peranca berganda kecuali ia mempunyai tambatan yang dibina melalui bukaan tembok
- tambatan ini terdiri daripada dua baris punceon yang dibaji di antara lantai dengan siling di dalam bangunan
- pada kedua-dua barisan punceon dipasangkan transom melintang yang mengunjur ke peranca luar dengan terikat kepada tiang tegak
- kekuda topang sendeng dipasangkan transom melintang yang mengunjur ke peranca luar dengan terikat kepada tiang tegak
- kekuda topang sendeng dipasangkan bersudut untuk menyokong bahagian bawah peranca
- jaring dawai dipasangkan di bahagian bawah peranca untuk menjaga keselamatan pekerja yang lalu atau bekerja di bawah bangunan tersebut
- had tinggi yang selamat untuk peranca julur ialah 12meter
Peranca Pergerak
- peranca bebas yang boleh dialihkan ke dalam kawasan kerja dengan mudah
- peranca ini seperti menara bersegi yang diperbuat daripada paip bulat keluli atau rangka tiub keluli
- pada kakinya dipasangkan roda kaster supaya peranca ini boleh dipindah-pindahkan dalam kawasan bangunan
- mengikut peraturan keselamatan, pelantar kerja berukuran tidak kurang daripada 1.2m x 1.2m mesti disediakan
- untuk menjamin kestabilan peranca ini, tingginya adalah dihadkan kepada 10m sahaja
- peranca ini sangat sesuai untuk kerja penyenggaraan seperti menegecat, membaiki siling dan sebagainya
Peranca Rangka Tiub Keluli
- semakin popular dan banyak digunakan dalam projek binaan untuk menggantikan peranca kayu
- penggunaan yang meluas ini berdasarkan kelebihannya seperti mudah dipasang, mudah alih, kekuatan yang terjamin, selamat dan tidak membazirkan bahan-bahan binaan jika dibandingkan dengan peranca kayu
- selain digunakan sebagai peranca ia boleh diubahsuai menjadi penyokong untuk acuan konkrit seperti membina lantai konkrit dan bumbung rata konkrit
- peranca ini terdiri daripada banyak bahagian yang dipasangkan menjadi satu unit peranca
dekat sini takada ke definisi peranca putlog
ReplyDeleteknpew definisi putlog tak ada yew
ReplyDeletehrap dpat blas