WELCOME TO OUR BLOG

Wednesday, 18 December 2013

Sambungan Jenis-jenis Peranca

SAMBUNGAN JENIS-JENIS PERANCA
Pemasangan Peranca Paip Bulat Keluli
  • terdiri daripada besi keluli atau aloi aluminium
  • paip yang tidak bergalvani hendaklah dicat untuk mencegah karat
  • paip aloi aluminium tidak perlu dicat
  • pada alat-alat penyambung yang digunakan dalam peranca paip bulat mempunyai pelbagai jenis pengapit yang digunakan seperti pin sambungan paip, pengapit sudut tepat dan pengapit putar
  • pengapit sudut tepat digunakan untuk mengapit dua paip dengan bersudut 90
  • pengapit putar digunakan untuk mengapit dengan sudut-sudut yang berbeza-beza

Langkah-langkah membina peranca paip bulat keluli

  1. pengalas ditempatkan pada tapak (biasanya dia atas papan alas tapak) dan paip tegak dipasangkan kepada pengalas
  2. paip lintang dipasangkan kepada paip tegak dengan menggunakan pengapit ganda
  3. paip penyokong transom dipasangkan kepada paip tegak, juga dengan menggunakan pengapit ganda
  4. setelah satu bahagian disiapkan, letakkan papan pelantar di atas paip penyokong
  5. dengan cara yang sama, bahagian-bahagian selanjutnya dipasangkan di sebelah atas
  6. rembat dipasangkan kepada paip tegak dengan menggunakan pengapit putar. tujuan memasang rembat ialah untuk mengukuhkan peranca ini

Langkah menjaga keselamatan

  1. pastikan aras tiang tegak adalah sama rata dan didirikan menegak di atas plat alas
  2. sambungan tiang tegak dan lejer mestilah tidak dalam satu garisan yang sama. ini adalah untuk menjamin ikatan antara anggota
  3. papan-papan pelantar mestilah disokong dengan sempurna
  4. pelantar kerja mestilah mempunyai susur pelindung dan papan pacak
  5. kemudahan untuk naik dan turun dalam peranca dengan senang harus disediakan
  6. peranca hendaklah diperiksa pada tiap-tiap tujuh hari atau selepas cuaca buruk
  7. semasa menggunakan peranca, pastikan pekerja memakai topi keselamatan dan tali pinggang keselamatan


1 comment:

  1. good!!
    by the way, letak la sket gamba scaffolding tu.. hihi
    goodluck..

    ReplyDelete